Jumaat, 13 Mei 2011

komsas ESP sinopsis (bab 3)

sinopsis=bab 3 :ibu dan ayah.....

  Melalui e-mel,iman memberitahu ibunya bahawa dia akanmenyertai pertandingan pidato.ibunya memberikan sokongan kepadanya.iman juga menerima panggilan telefon daripada bapanya.iman mengingatkan bapanya tentang hari jadi ibunya.iman mendesak bapanya agar mengirimkan kad ucapan hari jadi kepada ibunya.bapanya tidak berkata apa-apa terhadap permintaan iman itu.
 iman membantu neneknya membersihkan reban ayam.iman terkejut apabila mendapati kawan-kawannya,iaitu Zulkarnain,Adif Danial,dan Pei Wen datang.iman segera naik ke rumah dan menukar pakaiannya atas alasan pakaiannya itu berbau tahi ayam.Pei Wen membawa ikan kiriman bapanya untuk datuk dan nenek iman.
  iman dan kawan-kawannya ke sekolah untuk berlatih pidato.Mereka manuju ke kelas mereka tetapi mereka mendapati Linda sedang berlatih di situ.Linda kemudiannya mengajak Iman ke tempat yang jauh sedikit dari kawan-kawan lain.Linda menyindir Iman tetapi Iman bersabar.Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan pidato itu.Namun,Iman  menegaskan bahawa dia tetap akan bertanding.Linda tidak berpuas hati terhadap jawapan Iman lalu meninggalkan Iman keseorangan.Apabila ditanya oleh kawan-kawannya,iman mengatakan bahawa dia dan Linda saling mengucapkan tahniah.
  Apabila pulang ke rumah,iman mendapati bapanya ada di rumah.iman sangat gembira.Dia meminta bapanya datang pada hari pertandingan,tetapi bapanya tidak dapat berbuat demikian.iman berasa kecewa.namun,apabila bapanya menyatakan bahawa dia mahu membawa iman berserta datuk dan nenek ke pantai Port Dickson tengah hari itu,iman kembali ceria.
  Di Port Dickson,ketika sedang menjamu selera,bapanya mempelawa iman untuk tinggal bersama dengannya.iman mencadangkan agar ibunya turut tinggal bersama dengan mereka kelak.bapanya tidak memperlihatkan persetujuan.kemudian,bapa iman meminta iman bersiar-siar di kawan itu kerana bapanya ada hal yang ingin dibincangkan dengan atuk dan nenek.iman akur.
  Sejak pulang dari Port Dickson,nenek iman menjadi murung,iman dapat mengesan perubahan nenek.iman tertanya-tanya akan sebab neneknya muram.iman bertanyakan hal itu kepada datuk.datuk menyatakan bahawa nenek bimbang sekiranya iman akan pergi tinggal bersama dengan bapanya di kota.iman menyatakan pendiriannya bahawa dia hanya akan tinggal bersama dengan bapanya sekiranya ibunya turut tinggal bersama dengan mereka.


sorry kalau ada tersilap eja....salin taw....

assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan